Thursday, May 13, 2010

Tidak kesampaian

powered by

Friday, May 14, 2010

tidak kesampaian ..........?

SKUAD Piala Thomas gagal lagi. tetapi tiada perkataan paling sesuai diluahkan pasukan selain mengatakan ‘kita tewas kepada pasukan yang lebih baik’.

pix_middle
KECEWA...pengurus pasukan Malaysia, Datuk Sayed Abu Bakar (kanan)   sugul apabila beregu elit negara kalah mudah, semalam.
KECEWA...pengurus pasukan Malaysia, Datuk Sayed Abu Bakar (kanan) sugul apabila beregu elit negara kalah mudah, semalam.
Selepas skuad negara tewas 0-3 kepada China pada saingan separuh akhir semalam dengan pemain dan gandingan yang berada di ranking pertama dunia, Datuk Lee Chong Wei serta Koo Kien Keat -Tan Boon Heong mempamerkan aksi sebenar masing-masing setaraf dengan kedudukan mereka, alasan diberikan sekadar kita tunduk kepada lawan yang lebih bagus.


‘Kita tewas kepada pemain China yang lebih berkualiti. Pemain kita sudah berusaha sedaya upaya di atas gelanggang, malah persiapan juga dilakukan dengan amat baik, tapi nampaknya pemain China lebih sempurna,” kata Rashid dalam sidang media.


Menurut Rashid, amat ketara bezanya pemain negara dengan China dan menganggap negara Tembok Besar itu sememangnya layak menang dan mara ke final.


Kenyataan Rashid itu seperti mendedahkan persiapan negara tidak sebagus China, tetapi beliau menolak dakwaan itu.


“Memang kita sangka pemain kita sempurna, terutamanya Chong Wei yang menang semua kejohanan disertai tahun ini. Tapi nampaknya China bijak menyembunyikan kekuatan dan sanggup tewas di beberapa kejohanan,” kata Rashid sambil merujuk kepada prestasi Lin Dan yang tewas di Seluruh England dan Terbuka Switzerland.


Rashid yang juga pemain berada dalam kelompok pasukan ketika menang Piala Thomas 1992, mengakui betapa China sentiasa mahukan Piala Thomas kerana mereka sanggup tidak menghiraukan ranking pemain.


Aksi 2008 juga mungkin Piala Thomas terakhir buat Wong Choong Hann dan Muhd Hafiz Hashim, tetapi sehingga kini negara masih tiada pelapis yang dilihat mampu disandarkan harapan untuk memenangi Piala Thomas 2012.


“Memang betul pemain pelapis kita berada di bawah. Mahu atau tidak, kita terpaksa menolak mereka naik secepat mungkin dengan menghantar ke lebih banyak kejohanan,” katanya.

Prestasi hambar skuad negara dalam acara berpasukan mungkin berterusan di Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang masing-masing akan berlangsung pada Oktober dan November ini.


Ketua jurulatih China, Li Yongbo pula menganggap Malaysia sudah mempamerkan aksi dengan baik, tetapi pemainnya lebih baik dalam segenap aspek biarpun pasukannya menang mudah ke atas Malaysia yang mempunyai dua pemain nombor satu dunia..